Keputusan PMR anak Permataku Sayang...


Keputusan PMR 2010 dah pun diumumkan... dan berikut adalah hasil usaha 4 orang permataku sayang .... Terima Kasih kepada semua rakan guru, ibu bapa, anak2 pelajar yang lain yang turut menyumbang di atas kejayaan bersama ini....

Tahniah keempat2 permataku sayang.... Kami pihak sekolah bangga dengan kejayaan kamu....

Aribah Badrina ; 3A 5B dan Azieqa Aiin ; 7A 1B


Nursyuhadah ; 8A dan Siti Hajar ; 8A


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Kasih Rakan Seperjuangan

Entri kali nie dedikasi khas buat rakan seperjuangan Pn Masturina bt Ibrahim dan Pn Nurziana bt Yusof diatas usaha perih jerih mengajar Sains Tingkatan 3 tahun 2010. Terima Kasih kerana membantu saya untuk bersama-sama mengendalikan PnP, Tutorial JB dan Perkampungan Ilmu.

Tahniah!!!

Terima Kasih juga ditujukan khas untuk Pn Hadijah Jamaluddin yang telah memberikan sumber inspirasi dan suntikan semangat untuk terus berjuang...

Terima Kasih Kepada Pn Hajah Asiah Mohamad yang telah berusaha membantu saya menjemput En Wahab bagi menjayakan Bengkel Teknik Menjawab Sains.

Terima kasih kepada semua rakan sekerja yang memberikan kerjasama...

Hasil Usaha semua pihak, terutamanya para pelajar...
Matapelajaran Sains PMR 2010 SMK Tanjung Adang
berjaya memperoleh peratus lulus 98% dan GPS 3.00.
7 orang pelajar memperoleh A

Terima Kasih semua!!!
Syukur Pada Nikmat-Nya...

Pn Hadijah Jamaluddin

Pn Masturina Ibrahim

Pn Nurziana bt Yusof

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gelas Separuh....

Hampir 3 tahun menjadi guru, macam-macam yang telah ku alami. Ada yang manis... Ada yang pahit... Ada yang tawar... Ada yang masin... ehe...

Sepanjang 3 tahun ini.. aku telah berusaha menjadi guru.. Dalam pada itu, ada kala aku diterima baik,... dan ada juga yang tidak suka dengan caraku.... Dan semua itu memberi aku seribu pengajaran... Sebagai manusia, aku x lepas buat kesilapan... kepada sesiapa sahaja yang penah terluka, maafkanlah aku.... Aku sedar satu perkara, kita tak sentiasa betul.... Kadang-kadang kita rasa niat kita baik, tapi cara kita x sesuai... menyakiti orang lain dalam pada sedar atau tidak...

Kadang-kadang kita mengharapkan orang lain memahami situasi kita, tapi kita sendiri tidak cuba memahami kedudukan orang lain. Bila diri cuba bermuhasabah, memang dapat nampak kekurangan diri ini... Kadang-kadang timbul penyesalan, kenapa aku bertindak begitu dan begini... Namun bila dilihat dari satu sudut yang lain.... Kalau aku x melakukan kesilapan itu, aku tidak akan belajar hidup....

Dalam beberapa hari ini, aku memikirkan sesuatu yang agak menyusutkan fikiranku... Apakah patut atau tidak aku berada pada kedudukan itu... Sehinggakan kerisauan aku menyebabkan aku berfikiran negatif... Sehinggalah aku terjumpa sebuah gambar....


Gelas Separuh.....Mungkin ada yang kata gelas itu separuh berisi air.... dan mungkin juga ada yang kata gelas itu separuh kosong.... Teknik ini selalu digunakan oleh motivator/pcychology untuk menerangkan tentang perbezaan pendapat yang wujud antara setiap orang. Setiap individu ada pendapat masing-masing... dan pendapat itu boleh jadi sama dan boleh jadi berbeza...

Berbalik kepada gelas separuh tadi...

kalau ada yang kata separuh penuh.... rasa-rasanya... betul tak????

dan....

kalau ada yang kata separuh kosong... rasa-rasanya... betul tak????

Persepsi setiap orang berbeza... setiap orang akan memberikan pendapat mengikut cara pemikiran mereka... setiap orang akan memberikan pandangan daripada pelbagai aspek yang berbeza, sudut pandangan berbeza.... Walaupun intipatinya sama, Olahannya berbeza...

Disini aku faham seperkara.... setiap orang berhak menyuarakan pendapat... dan terpulang pada setiap individu itu samada mahu terima pendapat itu atau tidak.... tidak ada gunanya menegakkan siapa yang menang atau kalah dalam memberikan sebarang pandangan atau pendapat....

Aku belajar sesuatu.... "we must agree to disagreement" ... perlu aku didik diri ini kepada kemahiran mendengar dan cuba belajar menerima pendapat orang lain....

Dan bila kita sentuh soal memberikan pendapat.... Aku faham 2 jenis pendapat... yang mana memberikan pandangan secara optimis.. dan yang mana memberikan pandangan secara pesimis..

Ku petik dari laman blog seseorang...

"Seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif, dan melahirkan dialog yang negatif. Ia terbit dari kalimah Latin (pessimus) bermaksud worse. Pesimis adalah kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk.


Tidak percaya pada peluang diri untuk berubah.

Tidak percaya pada peluang masyarakat untuk meningkat.

Tidak percaya hasil krisis kepercayaan diri."


Ku petik dari laman blog seseorang...

"Kritikan optimis adalah kritikan yang disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Bahasanya adalah bahasa berkeyakinan bahawa ada jalan dan ada peluang untuk penambahbaikan itu berlaku. Malah optimis yang sempurna ialah pada menjadikan diri sebahagian daripada agenda itu. Bahasa kita menyebutnya sebagai kritikan membina.


Akan tetapi, kritikan pesimis adalah kritikan yang sangat sinikal, berbau sindiran dan tidak menampakkan kecenderungan pengkritik itu kepada penyelesaian. Padanya masalah-masalah yang dikenal pasti itu terlalu mendominasi keadaan hingga beliau tidak percaya ia mampu diselesaikan.

Ia mungkin kesan pembacaan, kesan pendedahan, kesan penglibatan… justeru ilmu dan pengalaman yang ‘panas’ itu, menimbulkan penyakit ghurur yang membinasa. Awalnya terlihat benda baru, kemudiannya memandang usang benda lama.

Buku-buku yang kurang dibaca massa, berguna dalam mencari kesegaran formula, tetapi bertukar menjadi beban, apabila pesimis dalam pemikiran.

Biar pun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Ia bukan kritikan yang membina, tetapi ubat yang menjadi racun. Pesimisme adalah kosmetik untuk mengindahkan pemikiran tinggi yang sebenarnya hina kerana menganut putus asa!"

Dan melalui pembacaan ini, barulah aku sedar... mungkin aku juga pernah menjadi pesimis pada orang lain... dan itu tidak betul... Haruslah aku ubah.... ku sedar seperkara....memberi pendapat tidak salah.. Namun biarlah optimis... berilah pendapat disertai dengan pandangan penambahbaikan... Memberi peluang sesuatu yang lemah itu untuk diperbaiki....

Kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka, tersinggung dengan kata-kata dan perbuatanku... Maafkanlah... aku masih lagi meniti ilmu kehidupan yang tidak berpehujung... Maafkan aku....

Sesungguhya yang baik itu dari Allah... dan yang menjadi kelemahan aku itu adalah kekhilafan diri yang akan aku cuba perbaiki....


Selamat Datang Tahun Baru...

Azam Baru....

~Dyla~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Erm..

Memang dah terlalu lama x menulis... aktiviti yang terlalu padat hinggakan tidak berkesempatan nak menulis bagai... tapi tahun nie entah kenapa, rasa bermakna sangat-sangat... Banyak aku mengenali kelemahan diri... dan banyak juga aku belajar erti keyakinan diri sendiri...


Pertama kali menguruskan sesuatu program yang pada aku tersangat 'tiba-tiba'.... tapi berkat sokongan kawan-kawan.. rasa sangat diri ini terbimbing... Walaupun dengan banyak kekurangan, tapi bagi aku.. percubaan itu lebih baik dari hanya memandang dan tidak mencuba....

Tahun ini banyak jugak makan hati berulam jantung.. tapi tahun ini juga aku rasa happy sangat-sangat... secara keseluruhanya.. cuti sekolah tahun ini pasti terisi dengan impian seterusnya... strategi akan diteruskan.. aku ada misi yang berikutnya... Yeah!!

Pertama: Aku nak belajar siapkan modul dengan lebih sistematik dan berguna untuk anak pelajar...

Kedua : Aku nak belajar uruskan diri sendiri dengan lebih teratur antara kerjaya dan rumahtangga... Agar dua-dua aku mendapat redhaNya....

Ketiga : Aku nak belajar menerima setiap kedukaan dan ketidaksukaan aku sebagai suatu ujian Allah dan menghadapinya dengan kekuatan yang diberikan olehNya...

Keempat : Aku nak belajar bekerja dengan realiti.. bukan fantasi... ehem...

Cukup kat situ dulu....Tapi yang pastinya... Tahun mendatang lebih mencabar dan lebih kesibukan akan ditempuh.. Yang penting.. DISPLIN.... SISTEMATIK... dan aku mesti KONSISTEN...

Ya Allah.. kau berilah aku kekuatan.... Cikgu Alim(Cikgu BM aku dulu) kata... "keje jadi cikgu ni mesti seronok dan aku mesti ngajar elok-elok.. sebab ia punca rezeki keluarga aku"... Betul 100X... aku akan cuba.. walaupun kadang kala motivasi ini adakalanya jatuh merundum macam pasaran saham... tapi aku akan cuba menaikkannya semula lebih tinggi dari sedia ada... InsyaAllah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Guru

Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

1. Solat sunat
2. Berpuasa sunat
3. Memperbanyakkan zikir
4. Selalu bersedekah
5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
7. Membantu orang2 yang susah dan miskin

Sekian, semoga ada manfaat.

**dipetik dari laman : http://wanmdnoor.blogspot.com/2010/08/kisah-yang-menyentuh-perasaan-saya.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Santapan Rohani... Ciri-ciri EGO...

Sedikit sangat orang yang memiliki sifat ego, yang dia menyedari bahawa dirinya memiliki sifat keji tersebut. Natijah tidak menyedari adanya ego itulah maka tercetus berbagai perselisihan dan sengketa di dalam masyarakat. Ini berpunca kerana masing-masing diri dengan sifat ego tersebut bertembung dengan orang lain yang juga memiliki sifat yang sama. Dalam Keadaan mereka sama-sama pula tidak menyedari memiliki sifat ego.

Untuk mengetahui samada memiliki sifat ego atau tidak maka perlulah disuluh dengan ilmunya. Ilmu yang menjelaskan tentang ciri-ciri ego tersebut. Namun begitu bukanlah mudah untuk membuang sifat ego itu biarpun sudah mengetahui ciri-cirinya. Kerana ego adalah sifat keji pada batin. Ego adalah salah satu mazmumah yang bersarang di hati. Sebarang mazmumah bukan mudah hendak dikikis atau dipadamkan. Mazmumah tidak seperti penyakit lahiriah yang mudah diubat. Doktor malah doktor pakar memang bersedia merawat penyakit lahiriah. Penyakit batin atau mazmumah hanya boleh dirawat oleh mursyid yang benar-benar arif. Mursyid inilah yang sangat sukar ditemui. Betapalah pula manusia kini sudah tidak peduli dan tidak berminat untuk mengubati penyakit batin.

Sifat ego adalah penyakit batin. Ianya adalah abstrak atau maknawiyah, yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun tetap dapat dikesan melalui tanda-tanda lahiriah pada sikap seseorang itu. Atau dengan kata lain, sifat ego itu ada manifestasi atau implikasinya. Berdasarkan sikap dan tanda-tanda yang terserlah itulah dapat mengenali seseorang itu memiliki sifat ego. Di antara ciri-ciri ego itu adalah seperti berikut :-



1) Menolak Tuhan. Inilah peringkat paling tinggi keegoan manusia. Tidak mahu mengakui akan kewujudan Tuhan ini yang menjadikan mereka berada di dalam kekufuran.

2) Menolak kebenaran. Biarpun terdapat golongan yang mengakui kewujudan Tuhan namun mereka yang salah faham akan keliru tentang Tuhan turut meletakkan diri mereka di dalam kekufuran. Turut berada di dalam kategori ini ialah mereka yang menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Terdapat pula yang mengakui Allah SWT dan kerasulan Nabi Muhammad, namun mereka menolak kebenaran ajaran Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka yang seumpama ini boleh jatuh kepada murtad atau kufur. Penolakan atas dasar lemah iman dan tidak boleh melawan tuntutan nafsu, syaitan dan kepentingan dunia maka kedudukan mereka sebagai zalim. Andainya berpunca dari kejahilan, namun tidak terlepas juga sebagai mereka yang ego tinggi yang dihukumkan sebagai fasik.

3) Golongan ini pula sangat meremehkan dosa pahala dan tidak suka memperkatakannya. Apa sahaja yang dibuat tidak mahu dikaitkan dengan persoalan dosa pahala atau halal haram. Keegoan mereka ini seolah-olah mahu bebas. Tidak mahu adanya sebarang keterikatan dengan hukum Allah SWT. Begitu juga dalam kontek kekuasaan Allah SWT, mereka tidak mahu mengaitkan sesuatu peristiwa atau perkara itu dengan bukti kekuasaan allah SWT yang Maha Kuasa. Sesuatu kejadian samada kejayaan, kegagalan mahupun musibah pada mereka lebih nampak kepada sebab atau faktor kejadian tersebut. Dalam soal usaha ikhtiar, mungkin juga boleh diterima sebagai faktor sebab yang terhasilnya sesuatu yang hakikatnya dengan izin Allah SWT. Apa yang anehnya sebagai memperlihatkan ego adalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, jerebu, tanah runtuh yang sifatnya tidak ada campur tangan manusia, pun tidak mahu disandarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Lantas dengan cepat mereka mengatakan itu semua adalah lumrah alam atau perkara biasa.

4) Tidak mahu menerima dari orang atau pihak lain. Seolah-olah merasa rendah atau tercabar atau terhina andainya kebenaran itu keluar dari mulut orang lain. Lebih-lebih lagi sekiranya sesuatu yang benar itu datangnya daripada orang bawahannya atau orang yang dianggap status sosialnya lebih rendah.

5) Ego juga dapat dilihat bilamana seringkali menzalimi orang lain apabila seseorang itu memiliki kuasa. Dia akan gunakan kuasa itu bukan sebagai amanah atau tanggungjawab tetapi sebagai peluang untuk menindas atau mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Andainya roda pusingan kehidupan menjadikan gilirannya pula berada di bawah atau menjadi pengikut, ketika itu dia akan menjadi orang yang paling sukar untuk taat setia kepada pihak atasannya. Egonya itu membuatkan dia menjadi amat sukar untuk tunduk kepada peraturan dan perintah ketuanya.

6) Sering sahaja bercekak pinggang sebagai gambaran membesar diri. Sifat egonya itu terzahir dalam perbuatan bercekak pinggang biarpun tanpa disedarinya.

7) Payah hendak bertegur sapa kecuali kalau orang lain mendahuluinya. Dia merasakan tidak layak untuk menghormati orang lain seolah-olah orang lain yang patut menghormati dirinya.
Isi perbualan atau percakapannya sering saja melebihkan diri biarpun dalam nada tutur kata yang lunak. Apatah lagi bila ada peluang bercakap besar dan lantang.

8)Selalu berwajah serius dan masam. Ditambah pula dengan sikap yang kurang mesra.

9)Sangat memilih kawan terutamanya di kalangan orang yang setaraf sahaja. Kadang-kadang lebih suka berada di tengah-tengah orang yang lebih rendah bukan kerana merendah diri tetapi mengharapkan agar dirinya kelihatan lebih menonjol. Dan begitulah sebaliknya cuba mengelak berkawan dengan orang yang lebih atas kerana tidak mahu kelihatan dirinya rendah.

10) Sangat mudah tercabar oleh kebaikan orang lain. Apatah lagi apabila dicabar maka sangat tidak dapat menguasai emosi. Mudahnya tercabar itu samada akan memberi tindak-balas atau terus merajuk dan membawa hati.

11) Mudah menjadi marah terutamanya kalau orang lain yang membuat silap, lebih-lebih lagi kalau kesilapan itu tertimpa ke atas dirinya.

12) Kalau dia terbukti bersalah sangat sukar untuk meminta maaf. Dan apabila orang lain yang bersalah pula sangat sukar memaafkan.

13) Tidak boleh ditegur atau tidak mahu menerima teguran. Teguran boleh menyebabkan dia sakit hati malah timbul dendam terhadap orang yang menegurnya.

14) Sangat suka dipuji malah sentiasa menunggu-nunggu sahaja akan pujian orang kepadanya. Kalau dia mendengar pujian terhadap orang lain di hadapannya maka timbul sakit hati kepada orang yang memuji itu dan sakit hati kepada orang yang dipujinya.

15) Sangat suka berbahas. Dalam perbahasan pula sering meninggikan suara. Berbahas pula bukan hendak mencari kebenaran tetapi hendakkan kemenangan walaupun salah.


Kesan sifat ego ini sangat merbahaya dan dahsyat. Lihat sahajalah Firaun, Namrud dan Hamman, kerana egolah mereka sanggup menderhakai Tuhan. Bahkan sanggup mati di dalam kekufuran. Biarpun berbagai bencana Tuhan datangkan sebagai amaran dan ancaman, semuanya tidak menjadi pengajaran, iktibar dan ingatan. Apalah ertinya mempertahankan ‘kenikmatan’ ego itu sedangkan menanggung seksa dan laknat Allah SWT

Dipetik dari laman blog:
http://jejaknuriman.blogspot.com/2008/04/ciri-ciri-ego.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cantik, menarik Kau memang THE BOmB!!

Cantiknya suasana... menariknya bahan yang dibentangkan dan pasti menggegarkan.. BOMBBBBBB!!!!!!....

ehe.. tadi pagi pegi UTM, Skudai... ada teknik menjawab sains...memang berbaloi rasanya... punya la excited.. aku dah berjaya siapkan satu set soalan untuk ulangkaji bersama pelajar sempena trial pmr nie...

Siap sedia boys and girls... pECUT!!!....


NOTES 1:

A) 3 type Variable :
- Manipulated Variable
- Responding Variable
- Constant Variable

B) Making Hypothesis

The ................... (adjective word) "manipulated variable", the .....................(adjective word) "responding variable".

C) Making Inferens

"Responding variable" depends on "Manipulated variable"

D) Making Operational Definition

"word given" is the reading of ..............................................(apparatus)

ehe... to be continue...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keletihan yang Berbayar...

x dapat nak story panjang2.. sebab keletihan.. cuma nak juga kongsi kegembiraan, semalam pasukan Bola Baling SMK Tanjung Adang kategori 14++ menang Johan dalam Kejohanan Bola Baling di Dewan Futsal Kempas semalam... Walaupun latihan hanya bermula pada Hari Rabu, anak2 pelajar ini nampak bersungguh-sungguh mengekalkan kejuaraan 11 tahun ini.. Syukur...

Berdebar-debar dalam perlawanan akhir... dengan kekuatan pemain 5 orang.. disaat-saat akhir, seorang pemain dikenakan hukuman gantung 2 minit. Menyebabkan pasukan SMKTA menentang SMK CIQ dengan kekuatan 4 orang berbalas 5 orang...Namun kesungguhan pemain tidak luntur.. mereka berusaha dan mampu memperoleh gol dengan kekuatan 4 orang itu dan... gol kemenangan dijaringkan oleh pemain pasukan SMKTA yang dikenakan hukuman 2 minit itu tadi...

Alhamdulillah...Tahniah untuk semua pemain dan Tahniah juga kepada pengurusan pasukan yang menyediakan semua keperluan dan menguruskan para pemain dengan jayanya.. TAHNIAH!!

Dan strategi berikutnya adalah melatih anak2 untuk permainan tahun hadapan.. Ya Allah... semoga segalanya dalam keadaan baik2 dengan izinMu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setelah Sekian Lama~

Fuhh~~ memang dah berhabuk!! Lama benar rasanya tak meng 'update' blog nie.. ERmm.. what story?? banyak sangat cerita samapi rasa dah basi nak cerita.. Cuma dikesempatan ini nak juga aku berkongsi kegembiraan aku sepanjang Bulan Julai nie... Happy!!!

Antaranya; aku telah menerima surat pengesahan jawatan, Alhamdulillah... syukur sangat. Selesai juga akhirnya... so dah x perlu pikir mengenai penjawatan itu lagi.... dah selesai urusan induksi+BtN tu bagai... ohooo... sekarang matlamat jangka pendek, sambung belajar.... Mampukah aku??? YES, mesti boleh!!...InsyaAllah....

Kemudian, Bulan nie aku happy sebab aku dah pindah rumah ... dan yang bestnya, syukur.... Allah memakbulkan doa kami sekeluarga.. dapat seperti yang diidamkan...

Macam2 yang berlaku dalam bulan nie.. cuma yang aku teruja adalah nak melaksanakan strategi ulangkaji bersama pelajar nie.. Ya Allah, tak sabar rasanya....nak fokus pada PnP... nak naikkan prestasi... mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.... semoga motivasi aku ni dapat disalurkan kepada anak pelajar.. Bahan modul telah diperbanyakkan... Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, semoga aku terus tabah dalam menghadapi apa jua cabaran bergelar guru...

Bercakap pasal cabaran, teringat aku pada 2 orang pelajar aku sekarang nie... ada sesuatu telah berlaku antara mereka.. mewujudkan benda yang tidak ada.... seolah2 mereka dianiayai... aha... tapi bila aku kaji2 semua kenapa mereka bertindak pelik begitu... dapat aku kenalpasti mereka mungkin berasa hati dengan aku.. atau lebih tepat marah pada aku kerana hajat mereka tak tercapai... Namun sesungguhnya, apa yang menjadi keinginan mereka itu sememangnya bukan hak mereka pun.. Aku mengikut peraturan, dan mereka memang tidak layak untuk itu.. Namun, ye la.. nama pun anak2...Banyak lagi perlu mereka belajar tentang hidup...

Well... aku tetap bersemangat nak mengajar.. tak mahu semua tu menganggu aku... mereka yang tak mahu sudah!! Yang nak belajar, akan aku pastikan kejayaan mereka komitmen aku.... Mudah-mudahan mereka mudah menerima ilmuku.... aku sayang mereka....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terima Kasih ...



Aku nie!!! dah basi nak ucapkan terima kasih.. walaubagaimanapun, tetap nak ucap gak... Terima Kasih kepada semua anak2 pelajar ku... dan pada mereka2 yang memberikan hadiah pada hari guru hari tue... Thanks a lot....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hatiku Terusik...

Erm... biasa aku x penah marah anak didik 3 Bijak ku sebegini teruk.. biasanya aku ambil kata2 mereka sebagai gurauan dan jenaka anak2... tapi pada hari itu, aku mudah benar melenting dan panazzzzzzzzz..... kenapa dengan aku nie.. agaknya anak2 3 Bijak pun dah berkecil hati dengan aku... ermm... kan bagus kalau aku x ada perasaan macam nie..

Sebenarnya, aku berasa hati.... berasa hati yang amat sangat dengan salah seorang anak pelajar kelas itu.. mungkin dia x perasan perbuatannya telah mengusik hatiku sebagai guru sainsnya... dan sungguh aku hampir mengalir air mata kerana perbuatannya....

Yang menyedihkan aku anak ini jarang berjumpa aku untuk mempelajari sains dengan lebih baik.. malah di dalam kelas dia biasa2 sahaja... tapi tup2.. dia boleh mengadu kata sains tu susah.. ...tindakan dia seolah-olah aku nie x mampu membantu dia hinggakan dia mengadu pada yang lain.. ye memang aku cikgu baru.. tapi aku berusaha untuk membantu kalian... kenapa dia x jumpa aku??? tanya mana soalan yang dia x faham...bila aku tanya dia yang mana susah... dia x cakap... sebenarnya aku kecewa dengan sikapnya... dah la dalam kelas ada waktunya tidur... bukan kelas aku je... kelas petang sejarah pun dia tidur dengan nyenyaknya (ada gambar dia tdo dengan nyenyaknya)... sampaikan maknya penah bagitahu aku, dia selalu tidur dan ngantuk dalam kelas... Tak mengambarkan sikap rajin nak belajar... tapi kerana daya tarikan lain, dia seolah2 mencari masalah untuk diadukan pada orang lain...

Kali ini aku benar2 tersinggung... ermm rasanya anak pelajar ini tak kesah pun...... biarlah, aku akan terus mengajar yang lain... Namun yang aku nak nyatakan disini... Hatiku benar-benar terusik... dan aku benar2 tersinggung.... cuma setakat ini, aku cuba wujudkan redha dalam hati ini... itupun jika aku mampu...

Sesungguhnya, kalau dikutkan rasa hati ... aku tidak mahu mengajar kamu lagi... tapi demi tanggungjawab, aku tetap guru kamu... walau susah atau senang, aku tetap berusaha.... terpulang pada kamu...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AkU YaNG bLuRRRR!!!



Balik dari MSSJ Bola Baling di Tangkak, aku blur je... aha... fokus2...Hari Isnin aku berehat seharian dan sempat gak g servis kete...oho...hari Selasa baru masuk keje selepas seminggu menguruskan Handball MSS Johor Bahru P 18 tahun... tetiba pagi hari rabu kena observe ngan pengetua... aduhaiii... dengan kelam kabut nye... tapi aku tetap ngajar seperti biasa... hahah... mujur komen yang diberikan positif... bagai nak tercabut jantung aku nie, bila pagi2 dia kata nak observe... dah la masa tue time kelas 2 Bestari... "SEMANGAT" kelas tue.. faham2 aje la...

Tapi Alhamdulillah, anak2 pelajar semua baik2 belaka pada hari itu... Syukur x terkata... mudah-mudahan semua anak 2 Bestari boleh jadi lebih baik lepas nie... InsyaAllah...

Seterusnya >>>> BANYAK KERJA menanti.....

Sasaran jangka masa pendek aku sekarang nie... aku nak fokus ulangkaji Form 3... nak semua anak pelajar tue ada peluang untuk lulus... Good Luck....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Video Handball 2010





Berjaya jugak aku siapkan video nie... Congrats Girls..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

HandBaLL Lagi...








ehe.. hari nie aku kegembiraan sebab dapat tengok gambar handball hari tue... pada aku cuma ada video je... so hari nie dapat tengok...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selagi masih di Ingatan





Friday : -


SMK Tanjung Adang Vs SMK Tun Aminah : 10-0

SMK Tanjung Adang Vs SMK Mutiara Rini 2 : 9-1

SMK Tanjung Adang Vs SMK taman Sutera : 13-0

SMK Tanjung Adang Vs SMK Tasek Utara 2 : 12-0

Sunday :-

Suku Akhir

SMK Tanjung Adang Vs SM Tun Fatimah : 13-0

Separuh Akhir

SMK Tanjung Adang Vs SMK Skudai : 11-0

Akhir

SMK Tanjung Adang Vs SMK Bandar Baru Uda : 8-1


SMK TANJUNG ADANG JOHAN BOLA BALING MSSD PEREMPUAN 18 TAHUN

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terharu dan kagum!!!





What can I say...full of high motivation.... dedicated to all my handball players...
u all memang bersemangat... and hopefully for this year u can win again ....

aku ni nak cakap apa pun tak tahu... diorang nie memang suka main handball agaknya... even hujan lebat... asalkan x kilat, mereka ajak aku training.... aku ok je... Congrats girls...

hari nie training habis kul 11.30 pagi tadi... masing2 anak2 nie aku tengok dah basah kuyup.. masih gelak2...apa2 la girls... teacher just tolong apa yang mampu kay... All the best for all of u...

Special thanks to Kak Hana dan Kak Azie... tolong sediakan minuman dan makanan to my players...mudahan2 dengan doa dan usaha gigih.. anak2 ini mampu menghadapi cabaran mendatang...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Beban ke??? atau sekadar luahan rasa kepenatan???

Menyentuh isu guru-guru terbeban dengan pelbagai tugasan.... macam-macam pendapat aku baca di forum-forum... hinggakan ada yang membandingkan beban tugas antara guru dan doktor... aku sebenarnya kurang tahu tentang bidang tugas doktor nie.. serius... tapi aku tahu doktor risikonya lebih tinggi dan nampak jelas sebab berurusan dengan NYAWA....kan? berapa starting gaji doktor pun aku x tahu... nanti la aku tanya cousin dan pak sedara aku... diorang doktor.. tapi x penah pulak aku tanya berapa gaji diorang...

well, aku sekadar nak kongsi situasi aku dan kawan-kawan kat sekolah.... pada aku, beban tugas guru nie bergantung pada pentadbiran sekolah itu sendiri... enrolmen pelajar, gred sekolah dan sebagainya... aku amik contoh sekolah aku yang bilangan gurunya cuma 31 oang, pelajar hampir 400 sahaja.... daripada pemerhatian aku, kebanyakkan kawan2 aku memang x sempat nak duduk lama di kantin... kalau makan, kami akan makan sambil berborak x lebih la dari 30 minit... itupun kalau bersembang... kalau just makan may be 15 minit je siap... kejar masa...

Setiap orang tidak hanya diberi satu tugasan sahaja... sebagai contoh seorang guru akan ditugaskan mengikut setiap unit pentadbiran... ada 3 unit pentadbiran. KURIKULUM, HAL EHWAL MURID, KOKURIKULUM. seorang guru akan ada tugas setiap unit itu.. aku bagi contoh ye...


GURU A ditugaskan sebagai ....

KURIKULUM : Guru Matapelajaran subjek A,B,C
HAL EHWAL MURID : Guru Tingkatan, Setiausaha HEM
KOKURIKULUM : Guru Penasihat PBSM, Guru Penasihat Kelab Rukun Negara, Guru Penasihat Sukan Bola Jaring
TUGAS KHAS : Guru Kesihatan


GURU B ditugaskan sebagai ....

KURIKULUM : Guru Matapelajaran subjek A,B,C, Setiausaha KURIKULUM
HAL EHWAL MURID : Guru Tingkatan,
KOKURIKULUM : Guru Penasihat KRS, Guru Penasihat Persatuan Bahasa Melayu, Guru Penasihat Sukan Bola Baling
TUGAS KHAS : Setiausaha Peperiksaan Awam


Nampak sikit kan??... erm.. tugasan itu tidak termasuk tugasan HAKIKI cikgu-cikgu yang perlu mengajar sekurang-kurang 20 masa seminggu.. macam aku, aku mengajar 21 masa.... kalau seorang guru tu menjawat jawatan tinggi, masa mengajar mungkin sikit sebab beban tugas dia lagi besar....

Tugasan di atas tidak termasuk lagi tugasan HAKIKI guru-guru yang perlu menyiapkan rekod mengajar sebelum dan selepas mengajar bagi setiap kelas... menyediakan alat bantu mengajar, menyediakan modul latihan pelajar untuk meningkatkan atau mengekalkan prestasi.... menanda buku, memastikan anak-anak pelajar menyiapkan kerja sekolah, memastikan anak-anak bawa buku ke sekolah....

Tugasan di atas belum di sertai dengan tugasan HAKIKI guru-guru menyiapkan laporan analisis peperiksaan setiap kali ujian... menyediakan nilai sasaran keputusan pelajar... sekarang sistem itu dipanggil HEADCOUNT... ada TOV (markah awal) dan ETR (markah akhir)...menyiapkan soalan mengikut JSI, menyediakan soalan mengikut aras pelajar....Setahun sekurang-kurangnya 4 kali guru-guru perlu menanda kertas peperiksaan dan memasukkan data ke dalam Sistem SAP (Sistem Analisis Peperiksaan) ... sistem ini seterusnya di uruskan oleh seorang guru yang bertugas memastikan ia dilaksanakan... guru sendiri yang memproses dan mengemasikininya.. bukan nya ada kerani atau petugas lain... seterusnya mencetak keputusan, panggil ibu bapa dan sebagainya.....

well.. aku bukan nak kata kerja guru la yang paling terbeban.. just berkongsi situasi sekolah aku sahaja... mak aku seorang guru... dia penah cakap kat aku.. "Dila, dalam dunia nie, tidak ada kerja yang senang"....

aku sebenarnya belum pun huraikan tugas seorang guru tingkatan, tugas seorang guru penasihat, tugas seorang setiausaha tertentu... x yah la aku huraikan.. yang pasti setiap kerja itu, aku nampak, kawan2 aku x sempat siapkan sepenuhnya di sekolah... memang ramai rakan guru aku tengok bawa pulang kerja itu di rumah.... biasanya bilik guru sekolah aku akan ditutup jam 5 petang paling awal....biasanya ada saje guru yang balik lewat.. sedangkan sesi persekolahan sekolah aku tamat jam 2.30 petang....

Cukup perkongsian pengalaman untuk hari ini, esok2 aku sambung... nak bersiap-siap untuk ke sekolah pulak nie.. ada latihan bola baling.... 2 petang hingga 5 petang... esok pagi jam 9 pagi hingga 1 petang.... semuanya demi anak-anak pelajar yang akan menghadapi perlawanan bola baling pada 9 April 2010.. Ok.. Till then... see yaa...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”.

Tiba-tiba aku teringatkan peribahasa ini...

"
BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”.

Mampukah??... Bila aku di asak dengan persoalan, sebagai pendidik kita harus memberikan contoh yang baik...terdetik di hati ini, apakah ada insan di dunia ini yang sempurna?? apakah mereka2 yang melontarkan kata2 terhebat adalah mereka yang sempurna?.. apakah jika dia menilai kita bermakna dia lebih bagus dari kita?? sedunia harus menilai kita begitu??

Tertanya aku.... apakah perasaan mereka2 yang menegur orang lain sebenarnya merasakan dirinya bagus??.. Macam aku, bila ku tegur anak didikku, adakah itu bermakna aku bagus???


"
BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”

Sesungguhnya wahai anak didikku, gurumu ini juga insan biasa, tidak lepas dari kesilapan dan kekhilafan. Aku tidak sempurna... mungkin ada di SMKTA ini guru yang SEMPURNA, tapi yang pasti itu bukan aku...

Sesungguhnya wahai anak didikku, aku hanya mahu menunjuk jalan terang untukmu, andainya lurus... maka luruslah jalan terangmu... andai berliku, maka berlikulah jalan terangmu.... mungkin caraku sedikit berbeza dari yang lain... Namun pada aku, bukan keegoan yang menunjukkan jati diri kita anakku... tapi kerendahan hati kita yang melambangkannya...

Aku bukan mahu jadi insan unggul di hadapanmu... aku bukan mahu kau mengikut jejak perjalananku... Namun aku mahu kau lebih mara dari aku.... dan sebagai gurumu, aku hanya mahu berkongsi sedikit kejayaan bersama mu anak2ku....agar ia mampu menjadi penyuluh kepada kejayaanmu yang lebih besar....

"BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”

Aku akan terus menjadi gurumu.....walau ada kekurangan diri, akan ku usaha perbaikinya dan berkongsi ilmu yang ada agar mampu menjana sesuatu yang lebih baik...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Formative Test 1 (Science Form 3)

SUBJECTIVE


(Section A) – 20 minutes

1. Kidney

2. Types of blood vessels


(Section B) – 40 minutes

3. Response of seedling to stimuli.

a. Observation, Classifying

4. Heat (absorb and reflect).

a. RV, MV, CV, Inferens, Hypothesis, Graph

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Marahkan Nyamuk,.. Kelambu Dibakar...

Mungkin anda pernah mendengar pepatah Melayu lama ini, yang berkisarkan tentang tindakan yang merugikan diri sendiri. Just because you are irritated by a mosquito while you are sleeping, you burn down the mosquito net (maksudnya - kerana marahkan seekor nyamuk ketika anda nyenyak tidur, kelambu pulak yang anda bakar).

Ye lah, bila sekor nyamuk tu terbang memalam buta, kita tension jugak kerana bunyi nyamuk itu menganggu tidur kita. Padahal, kita tidur dalam kelambu dan kelambu itulah, yang melindungi kita dari digigit oleh nyamuk tersebut. Tapi, kerana dipengaruhi rasa marah, kita gagal melihat gambaran keseluruhan dan ambil tindakan drastik, membakar kelambu, kononnya asap kelambu itu akan menghalau nyamuk tersebut.

Betul, asap akan menghalau nyamuk tersebut, tapi untuk sekejap saja. Lepas sejam dua, makin banyak pula nyamuk yang datang, mengelilingi anda yang sedang tidur, membuat bising dan mengigit anda bertalu-talu. Selang seminggu, anda disahkan menghidap demam denggi dan ditahan di wad hospital selama seminggu. Bil hospital pulak kena dekat RM4,000 lebih (sebab kena masuk darah), aduhhhh anda tepuk dahi! Kopak duit aku!!

Pepatah ini cukup popular, bagi menggambarkan keadaan di mana, disebabkan timbul suatu masalah kecil, kita ambil tindakan drastik yang terburu-buru, hingga menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Pandang Rendah.....

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.


*** dipetik dari laman blog "http://abangraja.blogspot.com"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cikgu oh cikgu...

Hampir sebulan tak post apa2 entri.. Sekarang nie sedang keletihan baru balik Kursus Biro Tatanegara.. x sempat menyempat, banyak betul perkara nak dibuat... Alhamdulillah semuanya dah selesa... Cita2 ku tercapai juga untuk menghadiri Kursus Induksi dan BTN... selesai.. Induksi dah lulus... tunggu sah jawatan sahaja... Ya Allah, sungguh tinggi nilai nikmatmu....


Hari nie, Form 3 buat PEKA Science yang terakhir.. lepas nie dah leh proses markah... Alhamdulillah, anak2 ini boleh juga buat eksperimen sendiri.. x perlukan bantuan... sikit2 je aku pesan... esok buat report pula...Banyak benda nak disiapkan sekarang nie... Hope everyting is fine....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kursus Latihan Bola Baling 2010

Latihan menghantar dan menangkap bola

Latihan menggelecek dan menghadang


Latihan menjaring

Latihan menjaring


Erm.. perlawanan sekitar bulan Mei, walau bukan kerana perlawanan, aku tetap perlu mengadakan program ini.. Aku ditugaskan sebagai Jurulatih Bola Baling sekolah... pandai ke, x pandai ke... aku kena la cuba... setakat nie, semua macam ok.. dah nampak dah pelajar2 yang berpotensi... hope everything is fine....

Latihan mengacah


Latihan menjaring

Setakat nie, para pelajar di ajar menangkap bola dan menghantar bola dengan betul.. mengelecek, menghadang dan menjaring... erm.. lepas nie akan bermula la latihan strategi permainan dan pemilihan...

Latihan Jaringan dan Menjaga Gol


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perjumpaan Pertama Permataku Sayang


Pengisian : soal selidik penggunaan masa dan ujian kerjaya

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Permataku Sayang


Dari kiri : Azieqa Aiin, Aribah Badrina, me, Nursyuhadah, Siti Hajar

Program Permataku Sayang adalah sebuah program mentor mentee kat sekolah aku. Aku dianugerahkan 4 orang permata... 4 orang permata nie adalah pelajar yang di sasarkan untuk mendapat 8A PMR... Chaiyok!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Program Mentor Mentee

KEPENTINGAN MENTOR MENTEE

Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik. Pelajar bertanggungjawab untuk memahami dan memenuhi keperluan kurikulum pengajiannya dan hendaklah mendapatkan nasihat sewajarnya. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.

Mengikut program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor. Pelajar dan mentor hendaklah berjumpa/membuat pertemuan apabila perlu untuk berbincang mengenai program pengajian dan hal-hal lain yang berkenaan.



TANGGUNGJAWAB MENTOR

  • Menyimpan salinan rekod kemajuan akademik pelajar
  • Menemui pelajar di bawah jagaannya dan memberi penerangan umum mengenai sistem persekolahan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan hal pembelajaran dan seterusnya mengikuti serta mengawasi pencapaian pelajar.
  • Memaklumkan kepada pihak pentadbiran dari semasa ke semasa tentang prestasi dan masalah pelajar
  • Menasihat dan membantu pelajar dalam menyediakan rancangan pembelajaran.
  • Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik atau peribadi melalui bimbingan, dorongan dan nasihat sewajarnya.
  • Berusaha mencari alternatif bagi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar di bawah pengawasannya.
  • Merujuk kepada pihak-pihak lain yang berkaitan seperti kaunselor, doktor, guru mata pelajaran dan sebagainya.
  • Merancang serta memantau aktiviti mentee

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sungguh Tak kusangka.....


Tak ku sangka, budak2 nie lebih baik dari yang aku sangka... teruskan kebolehan anda!!!
LDK Sejarah 2 Bijak

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1/2/2010 >> Science 2 Bestari

Ya Allah... besarnya cabaran menjadi guru... dan sekarang aku percaya dengan kata mama ku, nak tahu kita nie cikgu yang bagus ke x... cuba ajar budak yang x pandai... baru tahu kita nie boleh ngajar ke x... Tadi aku ngajar la budak 2 Bestari nie buat laporan PEKA... Payahnya rasa.. mula2 la.. diorang x tahu lagi rentak aku macam mana kan....dah 30 minit tue.. dah ok dah... Alhamdulillah....

Bila ajar mereka mengenal pasti pemboleh ubah daripada ayat penyataan "tujuan"... semua agak blur... bila ditunjukkan satu persatu, aku dah dapat dengar dah... dalam 5, 6 orang pelajar dah boleh sahut menyahut jawapan yang sepatutnya aku nak... ok dah tue... pas tue aku tunjuk lagi cara buat Hipotesis menggunakan MV dan RV... (Manipulated Variable dan Responding Variable)..dengan mengariskan ayat2 adjective pada mereka... ada la dalam 10 orang dah nampak apa yang aku maksudkan hipotesis....

tapi dengan lesson hari ini, aku dah kenalpasti apa langkah seterusnya yang patut aku buat untuk bantu budak2 nie lulus.. Chaiyok!!.. makin bersemangat aku mendidikmu wahai 2 Bestari....

** Kisah menarik hari nie, aku tanya la budak2 nie... sape cgu paling garang yg ngajar awak.... hahaha.. u know what... dia kata aku ngan cgu Mahadi (guru Displin).... ahaks... Garang pun garang la...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

29/1/2010 >> 2 Bestari

Setakat 4 minggu mengajar diorang nie memang memberi cabaran yang hampir sama dengan mengajar 4 Bestari 2 tahun 2009... erm, aku perlu pasang strategi nak luluskan diorang nie... agak payah, tapi aku perlu cuba... terlalu ramai yang lemah, nakal dan suka mengelat.. menguruskan mereka dari segi bawak buku pun dah satu hal.. cuma sekurang-kurangnya aku bersyukur sangat diorang beli buku SPS tu.... mula2 naik risau jugak aku.... sebab masa ditanya berapa ramai x beli buku SPS nir tahun lepas (masa diorang form 1) .. seramai 13 orang mengaku.. bayangkan la... ramai x ramai... 1/3 jumlah pelajar kelas tue...

Aha.. aku rasa aku dah macam cgu ganazz.... pendekatan aku hanyalah denda mereka berdiri jika x beli lagi buku... dengan kena salin nota dan latihan yang ada dalam sps book tue... mahu x sakit kaki dan pinggang mereka... agaknya kerana kesengsaraan yang aku berikan, diorang yang 13 orang nie, semua sanggup beli buku.....SYUKUR... apa2 pun tahniah la utk u all.. setakat nie x de lagi yang biadap dengan aku...

Cuma yang aku rasa kurang selesa ngajar kelas nie...ada la sorang budak nie... suka menggunakan alasan sakit untuk tidak menyiapkan kerja sekolah... bila aku mengajar, dia nampak sihat aje...bila bagi latihan untuk disiapkan dalam kelas, mula la dia duduk diam membisu dan seperti menahan sakit....bila tanya sakit ke, x jawab.... nak aku faham2 sendiri la kononnya, dia x leh wat kerja banyak.. ish.. x faham aku... paling aku x leh terima, dia kata, sakit dia x de ubat yang dibekalkan doktor.. sedangkan demam pun ada ubatnya....Ya Allah, kau tabahkan hati hambaMu ini untuk terus bermotivasi mendidik anak2 ini....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26/1/2010 >> Sains 3 Bijak dan 3 Bestari


Hari nie 3 Bijak, aku sempat beri arahan untuk melukis beberapa gambar dalam buku teks. Kesemua gambar2 tu penting untuk melatih mereka mengenalpasti struktur bagi gambarajah... Latih mereka melabel. Hari Isnin minggu depan baru aku semak hasil kerja mereka. Itu janji aku kat diorang...

Setakat hari nie, aku belum masuk lagi chapter 3... sebab aku lewat sikit terangkan chapter 2. so esok untuk 3 Bijak, aku kena habiskan satu bab 3 tue.. lagipun bab 3 memang sikit.. pasal kidneys... excretion..



3 Bestari ni, walaupun kelas kedua dan terakhir... dikatakan pelajar lemah.. aku dalam kesamaran mengharapkan anak2 didik aku nie LULUS semuanya... kat atas nie, gambar syukri zaidi. Budak nie x pandai membaca, huruf pun x kenal... tapi dalam pada macam tue, aku mengharap sangat dia boleh lulus. Sebab tue aku berikan dia latihan yang berbeza berbanding kawan2nya yang lain... Teacher nak awak lulus ye Zaidi...

Tapi hari nie ada peristiwa x best... Ada sorang anak 3 Bestari nie... kononnya nak bergurau agaknya... tapi aku malas nak bagi muka... x pasal2 kena halau dengan aku... mulutnya biadap sangat... Ntah dia ke mana aku pun x tahu... aku nie, x boleh lari daripada 'kegarangan'...

Esok untuk anak2 3 Bestari aku akan ajar tajuk Bab 3... Excretion... ok class.. see u tomorrow...love ya...

~Dalila Love Teaching~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

26/1/2010 >> Sejarah 2 Bijak



Mengajar kelas nie sebenarnya sesuai beri perumpamaan, sejuk perut ibu mengandung... aha... tapi x la baik bebenor... tapi banding ngan 2 Bestari, 3 Bestari... memang aku x banyak jadi singa dalam kelas nie... bila bagi kerja untuk disiapkan.. hanya 5% sahaja yang lewat menyiapkannya.. tapi siap jugak lah....

Hari nie, objektif tercapai.... Pelajar dapat siapkan hingga soalan no 25 sekurang-kurangnya. Kelas yang berikutnya nak buat pembahagian tugas untuk kerja kumpulan.. nak dengar anak murid pulak mengajar. ... ready 2 Bijak.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alhamdulillah... tercapai jugak niat ...


Dah lama aku pasang niat nak beli rak buku nie kat Makmal sekolah.. Niatnya supaya nampak kemas dan tersusun... dan yang paling penting, mudah aku nak kenalpasti buku pelajar.... aku kan kelam kabut orangnya... lepas nie, x la aku salah amik buku ke... buku bercampur aduk ke.... so.. this is the picture.. before and after... sekarang meja makmal aku tu dah x bersepai ngan buku2 student aku tue... Happy... Alhamdulillah......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

25/1/2010 >> Sains 3 Bijak, 3 Bestari dan 2 Bestari

setakat hari nie... aku sebenarnya dah agak terlewat sedikit dalam P&P.. cumanya, aku belum terlebih minggu... so by the end of this week , I am supposed to finish chapter 3.. next week masuk tajuk Reproduction...

Kesimpulan hari ni, aku seronok mengajar.. tadi aku buat rearangement kedudukan tempat duduk budak2 nie.. aku susun mengikut tahap akademik mereka... aku letakkan yang lemah di hadapan, agar mudah aku pantau...bukan nak abaikan yang pandai, cuma hopefully mereka sudi beralah...
yang lemah perlu perhatian lebih kan?... jangan ada jelous2 ye anak murid semua... teacher sayang semua tau...

erm.. Hari nie 2 Bestari agak okay.. so impressed bila tgk diorang dah pandai beratur dengan pantas dan teratur depan makmal... Aku plak yg terlewat 2 minit... sorry ye...ehe... cikgu suka korang hari nie... hari nie rasa best... ngajar 2 Bestari x marah2... sikit2 tu adalah.. tapi most important.. aku x de mengamuk dan naik hangin.... diorang nampak dah faham apa yg aku nak... hope korang akan lebih baik...

well, setakat 4 minggu ngajar 2 Bestari nie, aku terasa lebih susah nak luluskan mereka berbanding 3 Bestari sekarang.. aku perlu kerja keras.... asalkan aku x jadi keras macam batu sudah... sempat la survey tadi, ada yang 5 E zaman UPSR... kebanyakkan x lulus sains... cabaran!!! I will try my best...

Bersedia la anak2 2 Bestari... cikgu akan cuba luluskan seramai yang mungkin.... InsyaAllah....

~Dalila Love Teaching~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Pertama Bekabung di sekolah di atas Kemangkatan Sultan Johor yang amat disayangi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bermula la Episod baru


aha... cak!!! Tahun 2010 ni aku nak mulakan satu lagi blog baru... satu tentang personal.. yang ini aku nak khususkan kepada PnP dan aktiviti aku kat sekolah... so.. check it out!!...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS