BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”.

Tiba-tiba aku teringatkan peribahasa ini...

"
BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”.

Mampukah??... Bila aku di asak dengan persoalan, sebagai pendidik kita harus memberikan contoh yang baik...terdetik di hati ini, apakah ada insan di dunia ini yang sempurna?? apakah mereka2 yang melontarkan kata2 terhebat adalah mereka yang sempurna?.. apakah jika dia menilai kita bermakna dia lebih bagus dari kita?? sedunia harus menilai kita begitu??

Tertanya aku.... apakah perasaan mereka2 yang menegur orang lain sebenarnya merasakan dirinya bagus??.. Macam aku, bila ku tegur anak didikku, adakah itu bermakna aku bagus???


"
BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”

Sesungguhnya wahai anak didikku, gurumu ini juga insan biasa, tidak lepas dari kesilapan dan kekhilafan. Aku tidak sempurna... mungkin ada di SMKTA ini guru yang SEMPURNA, tapi yang pasti itu bukan aku...

Sesungguhnya wahai anak didikku, aku hanya mahu menunjuk jalan terang untukmu, andainya lurus... maka luruslah jalan terangmu... andai berliku, maka berlikulah jalan terangmu.... mungkin caraku sedikit berbeza dari yang lain... Namun pada aku, bukan keegoan yang menunjukkan jati diri kita anakku... tapi kerendahan hati kita yang melambangkannya...

Aku bukan mahu jadi insan unggul di hadapanmu... aku bukan mahu kau mengikut jejak perjalananku... Namun aku mahu kau lebih mara dari aku.... dan sebagai gurumu, aku hanya mahu berkongsi sedikit kejayaan bersama mu anak2ku....agar ia mampu menjadi penyuluh kepada kejayaanmu yang lebih besar....

"BAGAI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS”

Aku akan terus menjadi gurumu.....walau ada kekurangan diri, akan ku usaha perbaikinya dan berkongsi ilmu yang ada agar mampu menjana sesuatu yang lebih baik...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 comments:

Cikgu Dija said...

kita memang serba kurang tetapi kita telah mencuba mengisi ruang kosong yang ada. Cubalah mencari kejayaan yang diberkati dan diredhai.

ada masa layari www.mukasains.blogspot.com

Dyla said...

Kadang2 semangat ku pudar kerana rakan sejawat, yang hanya memandang sesuatu pada satu sudut sahaja.. tanpa mahu toleh ke belakang....gah dinihari....

Mujur la masih ada insan seperti Kak Jah... Thanks kak...

Post a Comment