Sebulan Pertama 2011

Erm, tak berkesempatan lagi untuk bercerita tentang tugas guru 2011 aku... Cukup sebulan, aku bertugas dalam posisi baru yang sangat mencabar dan menakutkan..... Tahun ini semuanya serba baru... tak de yang serupa... semua berbeza.


Tiada lagi menguruskan headcount yang bermacam ragam...
Tiada lagi pengurusan peperiksaan yang beraneka bentuk .....
Tiada lagi mengajar tajuk 'jantung' di bilik darjah....
Tiada lagi mengajar 'SHTI" masuk Pulau Pinang di dalam kelas...

Tugasan yang lebih memerlukan komitmen dan perhatian... tak tahu la bertahan berapa lama...

Kalau dulu, awal2 tahun dah penat mengadap headcount... dengan sistem yang kadang2 buat hal.. nak kena bedah kat dalam sistem... belum lagi kalau data hilang tiba-tiba... aduhai... tapi semua tu buat aku belajar tentang microsoft access dengan lebih baik... Ilmu tu...tapi belum cukup mahir lagi....

Kalau dulu di awal tahun aku dah kena uruskan takwim peperiksaan.. dengan UF 1 ... sekarang aku cuma kena wat soalan sahaja....

ehe... aku tak de keje dah ke di awal tahun nie?? Ada.. tapi berbeza...

Tahun ini, awal2 tahun dah kena tgk FAIL KUASA perpustakaan sekolah... Awal2 tahun dah mengadap prosedur Program NILAM.... Awal2 tahun dah merancang Program Pusat Sumber untuk setahun....kalau nak tulis disini memang aku la yang penat...Cuma yang berbezanya, aku banyak kena belajar dari 'zero'. Pengurusan Pusat Sumber....

Terima Kasih pada mama yang banyak bagi inspirasi... dan terima kasih kepada Kak Hadijah yang banyak bagi buah fikiran.... dan juga terima Kasih kepada Pembantu PSS, En Mahmod yang banyak membantu kerja-kerja di Pusat Sumber tu....

Terutamanya suami yang banyak bagi dorongan dan sokongan setiap kali aku rasa kepenatan....

2011,...
Aku ngajar Sains Form 5 sekarang... dah x ngajar Form 3... mencabar tu... First time...takut, cuak semua ada... tapi lama kelamaan, terasa sangat best...

Lain-lain... aku masih lagi Jurulatih Bola Baling Sekolah, Ketua Panitia Sains, dan Guru PPSMI.....

Ok!!.. Sebulan yang pertama dah berlalu... nanti sambung lagi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keputusan PMR anak Permataku Sayang...


Keputusan PMR 2010 dah pun diumumkan... dan berikut adalah hasil usaha 4 orang permataku sayang .... Terima Kasih kepada semua rakan guru, ibu bapa, anak2 pelajar yang lain yang turut menyumbang di atas kejayaan bersama ini....

Tahniah keempat2 permataku sayang.... Kami pihak sekolah bangga dengan kejayaan kamu....

Aribah Badrina ; 3A 5B dan Azieqa Aiin ; 7A 1B


Nursyuhadah ; 8A dan Siti Hajar ; 8A


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS