Marahkan Nyamuk,.. Kelambu Dibakar...

Mungkin anda pernah mendengar pepatah Melayu lama ini, yang berkisarkan tentang tindakan yang merugikan diri sendiri. Just because you are irritated by a mosquito while you are sleeping, you burn down the mosquito net (maksudnya - kerana marahkan seekor nyamuk ketika anda nyenyak tidur, kelambu pulak yang anda bakar).

Ye lah, bila sekor nyamuk tu terbang memalam buta, kita tension jugak kerana bunyi nyamuk itu menganggu tidur kita. Padahal, kita tidur dalam kelambu dan kelambu itulah, yang melindungi kita dari digigit oleh nyamuk tersebut. Tapi, kerana dipengaruhi rasa marah, kita gagal melihat gambaran keseluruhan dan ambil tindakan drastik, membakar kelambu, kononnya asap kelambu itu akan menghalau nyamuk tersebut.

Betul, asap akan menghalau nyamuk tersebut, tapi untuk sekejap saja. Lepas sejam dua, makin banyak pula nyamuk yang datang, mengelilingi anda yang sedang tidur, membuat bising dan mengigit anda bertalu-talu. Selang seminggu, anda disahkan menghidap demam denggi dan ditahan di wad hospital selama seminggu. Bil hospital pulak kena dekat RM4,000 lebih (sebab kena masuk darah), aduhhhh anda tepuk dahi! Kopak duit aku!!

Pepatah ini cukup popular, bagi menggambarkan keadaan di mana, disebabkan timbul suatu masalah kecil, kita ambil tindakan drastik yang terburu-buru, hingga menyebabkan kerugian kepada diri kita sendiri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment