Erm..

Memang dah terlalu lama x menulis... aktiviti yang terlalu padat hinggakan tidak berkesempatan nak menulis bagai... tapi tahun nie entah kenapa, rasa bermakna sangat-sangat... Banyak aku mengenali kelemahan diri... dan banyak juga aku belajar erti keyakinan diri sendiri...


Pertama kali menguruskan sesuatu program yang pada aku tersangat 'tiba-tiba'.... tapi berkat sokongan kawan-kawan.. rasa sangat diri ini terbimbing... Walaupun dengan banyak kekurangan, tapi bagi aku.. percubaan itu lebih baik dari hanya memandang dan tidak mencuba....

Tahun ini banyak jugak makan hati berulam jantung.. tapi tahun ini juga aku rasa happy sangat-sangat... secara keseluruhanya.. cuti sekolah tahun ini pasti terisi dengan impian seterusnya... strategi akan diteruskan.. aku ada misi yang berikutnya... Yeah!!

Pertama: Aku nak belajar siapkan modul dengan lebih sistematik dan berguna untuk anak pelajar...

Kedua : Aku nak belajar uruskan diri sendiri dengan lebih teratur antara kerjaya dan rumahtangga... Agar dua-dua aku mendapat redhaNya....

Ketiga : Aku nak belajar menerima setiap kedukaan dan ketidaksukaan aku sebagai suatu ujian Allah dan menghadapinya dengan kekuatan yang diberikan olehNya...

Keempat : Aku nak belajar bekerja dengan realiti.. bukan fantasi... ehem...

Cukup kat situ dulu....Tapi yang pastinya... Tahun mendatang lebih mencabar dan lebih kesibukan akan ditempuh.. Yang penting.. DISPLIN.... SISTEMATIK... dan aku mesti KONSISTEN...

Ya Allah.. kau berilah aku kekuatan.... Cikgu Alim(Cikgu BM aku dulu) kata... "keje jadi cikgu ni mesti seronok dan aku mesti ngajar elok-elok.. sebab ia punca rezeki keluarga aku"... Betul 100X... aku akan cuba.. walaupun kadang kala motivasi ini adakalanya jatuh merundum macam pasaran saham... tapi aku akan cuba menaikkannya semula lebih tinggi dari sedia ada... InsyaAllah...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Guru

Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

1. Solat sunat
2. Berpuasa sunat
3. Memperbanyakkan zikir
4. Selalu bersedekah
5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
7. Membantu orang2 yang susah dan miskin

Sekian, semoga ada manfaat.

**dipetik dari laman : http://wanmdnoor.blogspot.com/2010/08/kisah-yang-menyentuh-perasaan-saya.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS